Monday, June 22, 2009

C.A.N.T.I.K


~~sEmUa WaNiTa DiLaHirKaN cAntiK~~

Kecantikan yang ideal adalah gabungan atas keseimbangan antara tiga faktor iaitu
  • cantiknya paras rupa
  • akhlak atau tingkah laku yang baik
  • pintar akal fikiran

Kenali potensi diri dan menerima diri seadanya dengan segala kekurangan dan kelebihan agar semua wanita boleh menjadi cantik sebagai dIrI SeNdIrI~

Wednesday, June 10, 2009

KATA EMAK........

KATA EMAK

itu kuda
yang sering ditunggang oleh manusia
tapi sesekali
manusia juga sering diperkudakan
dan dipacu ke jalan yang lain
sebab itu
kata emak lagi
ramai manusia bertukar menjadi kuda-kuda

KATA EMAK

itu tikus
yang paling dibenci manusia
kerana kerjanya suka memperbaiki
sesuatu yang baik menjadi rosak
tapi kata emak lagi
manusia sekarang
sudah ramai menjadi
kritikus
politikus
yang kerjayanya membaiki labu

KATA EMAK

itu arnab
yang larinya lebih kuat
tapi kata emak lagi
sewaktu berlumba dengan kura-kura
arnab yang angkuh
tertidur dalam perlumbaan
kura-kura akhirnya menang
begitu juga sesetengah manusia
begitu banyak cakap dari kerja
banyak tidur dari jaga

KATA EMAK

itu musang
yang kerjayanya ialah berjalan malam
dan mencuri ayam
tapi kata emak lagi
di antara kita ini
ada manusia musang
yang merancang kejahatan
dalam gelap malam
tapi yang lebih berbahaya
manusia musang berbulu ayam

KATA EMAK

itu kelkatu
kerjanya memburu cahaya
dan menari di depan lampu
tapi kata emak lagi
anak-anak muda dari desa
pergi ke kota
menjadi kelkatu yang mabukkan lampu
mereka hanya pandai terbang
tapi tak menemui jalan pulang

KATA EMAK

itu sungai
di dalamnya ada air
yang tak putus dicincang oleh pisau
di kiri kanannya
ada tebing teguh
terbina dari adat dan tradisi
di situlah tumbuh
pohon kata orang tua-tua
berakar dan berumbi
mencengkam zaman

itu api
warnanya merah
bahangnya panas
gigitanya pedih
ia adalah lawan
adalah kawan
dan kata emak lagi
kita perlu belajar
bagaimana memadamkan api
yang menyala dalam diri
orang sabar
adalah pahlawan budi

KATA EMAK

itu gunung
semua orang ingin ke puncak
tapi kata emak lagi
sewaktu mendaki
selalu berlaku pijak-memijak
dan bila sudah berada di atas
jarang orang ingin melihat kebawah
sebab itu
ramai yang akan jatuh
terhempas
kerana tergelincir
oleh keangkuhan
atau kealpaan

KATA EMAK

itu semut
tubuhnya kecil sahaja
tapi sangat rajim membuat kerja
semut juga suka hidup bermasyarakat
tugas ringan atau berat
sama dibuat, sama sepakati
rezeki pula sama dikecapi
sebab itu kata emak lagi
kalau kita suka bermuafakat bicara
hidup kita pasti gembira, pasti bahagia
rezeki akan datang melimpah-limpah
masa depan kita juga tidak akan susah

KATA EMAK

itu anjing
yang hobinya suka menyalak bukit
walaupun ia tahu kerja itu sia-sia
tapi anking terus menyalak membuang masa
malah ada anjing masih bercawat ekornya
walau seribu jong kapal sudah berlabuh di dermaga
sebab itu
kata emak lagi
kita mesti hati-hati melepaskan anjing tersepit
silap langkah, kita yang kena gigit

KATA EMAK

itu komputer
mesin yang cerdik lagi bijak
namun ada otak
namun sesekali komputer juga jatuh sakit
apabila virus menyerang
otaknya terus meragam
sebab itu kata emak lagi
sebijak-bijak manusia sebagai pereka
Tuhan juga Maha Pencipta
manusia setakat TAHU
Tuhan sebagai penentu

~~terjumpa buku ayah....
cam menarik, bermakna dan dalam maksudnya...

JAME DULU, JAME LONI(bc dalam dialek kelantan)
nukilan Abdullah Awang @ Pui Tiong Gee